Persediaan Perkahwinan During Pandemic - With links

Sunday, November 15, 2020

 


Assalamualaikum

konfiden je kan publish post macam ni tapi sebab ramai yang tanya & anis faham benda ni susah nak digest. same goes to me masa nak prepare..lagi masa kobid kobid ni..ishh stress takboleh nak cerita

so today sis rajin nak cerita step by step utk brides semua start preparation

1. Kursus Kahwin

Kursus ni basic, kalau belum merancang nak ambik dulu pun boleh, lagi senang. during pandemic kursus semua online. 
daftar dekat sini utk kursus online ya


2. Ujian Saringan HIV

Bila dah ada tarikh boleh terus book appointment dekat klinik. sebelum covid, boleh walk in. Masa covid semua by appointment & siapa cepat dia dapat. ujian ni hanya valid for 6 month only & hanya ujian dari klinik kerajaan sahaja yang diterima

boleh book appointment dekat klinik kesihatan yang terdekat dekat link ni


3. Book Tok Kadi / Jurunikah

ini pun pentng gais. call or whatsapp jurunikah kariah masjid korang utk book tarikh / cek tarkh yang available. bila ada jangan lengah BOOK jugak terus

4. Catering/ Dewan / Khemah / Pelamin

yesss all 4 of this pun kena cek available tak pada tarikh yang korang nak kahwin. bukan takat cek available ke tak. BOOK & BAYAR DEPOSIT sebab kita nak proceed steps paling memeningkan. Steps ke 3 & 4 sangat penting ya kalau tak.. tak boleh proceed ke steps 

5. Borang Kebenaran Nikah

okay bila kita dah secure jurunikah, boleh terus isi borang kebenaran berkahwin dengan yakin. kalau nak majlis hari yang sama pastikan catering, dewan khemah semua dah setel jugak.

utk selangor boleh isi borang kat link ni



6. MUA / Attire / Henna

dalam proses borang setel borang sambil tu bolehlah start booking utk persalinan korang. jangan tggu borang setel sebab akan ambik masa. start kumpul hantaran, accessory yang korang nak, beli dlu.

anis mostly beli kat shopee je, masa pandemic ni, kurangkan keluar selagi boleh

7. Sign & Submit

ok steps ni kelam kabut sebab kita kena set date dengan jurunikah, kalau isi borang permastautin kena set date dengan nazir masjid. kena banyak sabar sebab jurunikah & nazir ni dua2 busy kalah perdana menteri. bila semua borang dh sign boleh hantar dekat pejabat agama daerah masing2

lepastu korang cuma perlu tunggu hari 

semoga urusan korang semua dipermudahkan 🥰💖












You Might Also Like

0 sayings

Popular Posts

Like us on Facebook