Sotong Masak Lemak Padang Recipe

Sunday, January 03, 2016

Assalamualaikum

asyik citer pasal makeup jehhh
apa kata kita berbincang hal ehwal makanan
nak kata masak tu hobi tak jugak
memasak tu actually basic skill yang kita perempuan kenalah tahu serba sedikit
betul kan?

ada satu hari laa kann
tekak Anis terasa nak makan sotong
tapi nak makan sotong kuah santan
di gugel gugel akhirnya jumpa recipe ni
maka Anis Zuhayra pun bertungkus lumus try this recipe
yang penting..rasa dia cun
pedas pedas lemak giteww


So let's get started



INGREDIENT
sotong ( anis guna 8 ekor sotong beso beso..depends nak masak as a whole or nak potong 3)
3 biji bawang besar
2 biji tomato (belah 4)
2 batang serai ( 1 pun boleh no problem)
2 atau 3 biji kentang ( depends kat korang nak potong besar mana)
1 kotak kecik santan

Bahan Kisar
2 biji bawang besar (belah 4 or 6..ikut korang)
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
5 tangkai cili merah ( yang ni pun depend nak pedas mana)



METHOD
1. panaskan minyak..tumis bahan kisar sampai naik minyak/pecah minyak
2. masukkan bawang besar, serai, kentang, tomato, sotong, santan dan air(depends nak pekat mana kalau nak cair..letak lebih air..kalau nak pekat..letak sikit pun memadai sbb sotong pun keluarkan air kayy)
3. kacau selalu supaya santan tak pecah minyak..kalau tak berketul santan tu karang
4. letak garam and gula secukup rasa
5. agak agak sotong dah masak..boleh laa hidang makan dengan nasi sambal belacan..perghh



TIPS
this is super random tips yang anis belajar dari mama
kalau nak sotong tu tak keluarkan banyak air waktu masak..rebus dulu sotongnya sampai lembut
lepastuu masak mcm biasa.

and kalau korang yang macam anis tak boleh hidup tanpa cili api
boleh laa masukkan cili api 4 ke 5 batang
barulaa umphhh
hahahahah


Rupa dia macam kari







You Might Also Like

7 sayings

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images